PENGENALAN DAN ANALISIS PROKSIMAT

Analisis proksimat merupakan kaedah asas yang digunakan untuk menentukan kandungan nutrien dalam makanan ternakan. Kaedah ini diperkenalkan pada tahun 1865 oleh Wilhelm Henneberg dan Friedrich Stohmann di Stesen Eksperimen Weende, Jerman.

Melalui analisis ini, kandungan air akan disingkirkan terlebih dahulu sebelum beberapa komponen utama nutrien dalam bahan kering dianalisis.