MINERAL
Mineral memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi badan ternakan, termasuk pembentukan tulang dan gigi, fungsi saraf dan otot, keseimbangan bendalir badan serta proses metabolisme. Bagi menentukan kandungan mineral utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P) dan magnesium (Mg), sampel terlebih dahulu melalui proses dry ashing. Sampel yang telah menjadi abu kemudiannya dilarutkan dalam asid, ditapis dan dianalisis menggunakan peralatan Inductively Coupled Plasma Optical Emission Spectroscopy (ICP-OES). Keperluan mineral berbeza mengikut spesies ternakan, umur dan peringkat pengeluaran. Oleh itu, kandungan mineral dalam makanan perlu dipantau bagi memastikan ternakan menerima nutrien yang mencukupi.