NEUTRAL DETERGENT FIBER (NDF)

NDF merangkumi keseluruhan komponen dinding sel tumbuhan yang terdiri daripada hemiselulosa, selulosa dan lignin.

Nilai NDF berkait rapat dengan jumlah makanan yang mampu dimakan oleh ternakan. Semakin tinggi kandungan NDF, semakin rendah pengambilan makanan oleh ternakan.

Secara umumnya untuk kekacang:

  • Kurang daripada 40% = Kualiti tinggi
  • 41–49% = Kualiti sederhana
  • Melebihi 50% = Kualiti rendah

Manakala, untuk rumput:

  • Kurang daripada 50% = Kualiti tinggi
  • 51–59% = Kualiti sederhana
  • Melebihi 60% = Kualiti rendah