ACID DETERGENT FIBER (ADF)

ADF terdiri daripada selulosa dan lignin, iaitu komponen yang lebih sukar dihadam oleh ternakan.

Nilai ADF digunakan untuk menganggarkan kebolehhadaman makanan. Semakin tinggi nilai ADF, semakin rendah kadar penghadaman dan kebolehterimaan makanan oleh ternakan.

Secara amnya:

  • ADF kurang daripada 40% menunjukkan makanan berkualiti tinggi.
  • ADF melebihi 40% menunjukkan makanan berkualiti rendah.