ABU (ASH)

Abu merujuk kepada jumlah bahan bukan organik atau mineral yang terdapat dalam makanan ternakan.

Analisis abu dijalankan dengan membakar sampel pada suhu tinggi menggunakan muffle furnace sehingga semua bahan organik habis terbakar dan hanya tinggal sisa mineral.

Penentuan kandungan abu penting kerana:

  • Membantu menentukan kandungan mineral dalam makanan.
  • Digunakan dalam pelabelan nutrisi makanan ternakan.
  • Menjadi salah satu petunjuk kualiti bahan makanan.
  • Membantu menilai kestabilan dan ketahanan makanan semasa penyimpanan.

Mineral penting seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium diperlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan ternakan. Namun begitu, sesetengah mineral pada kepekatan yang tinggi boleh menjadi toksik.